Friday, October 24, 2014

Nikah Gantung

"Dhia wahai intan payung karat, cepat sikit! Dah lambat ni!" jerit Nadhrah yang sudah tidak senang duduk. Dia merenung kembali jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 9.30.

Pagi itu mereka perlu menghadiri kelas tambahan bahasa inggeris yang diketuai oleh Sir Malek, the annoying teacher ever! Sesiapa yang berani mencari masalah dengannya hanya perlu tabahkan hati untuk mendengar bebelannya yang macam petir! Penuh dengan sindiran yang sinis. Dan sekarang Nadhrah dan Eldhia sudah pun menempah 'tiket'.

"Sorry aku terbangun lewat tadi. Takpe kita kena marah sama-sama" tutur Dhia tersengih tanpa rasa bersalah. Dia hanya mengenakan t-shirt berwarna ungu gelap dengan tracksuit hitam. Tangan kanannya pula memegang roti Gardenia berperisa jagung kerana ingin terlalu cepat sehingga tidak sempat menjamah sarapan di rumah.

Mereka berjalan ke kelas selaju yang mungkin. Dhia mengerling jam tangannya. Sudah pukul 9.45 pagi sedangkan kelas mereka bermula pada pukul 9.15 pagi. Ini bermakna mereka sudah terlewat 30 minit. 

" Okay Dhia and Nad, get ready. Bismillahirahmanirahim. " Dhia membaca lafaz bismillah lalu mengetuk pintu dengan berhati-hati. Baru sahaja pintu dikuak ..

" Both of you are late. Why, preety girl ? ", seorang guru yang tidak dikenali merenung tepat ke arah Eldhia sambil tersenyum. Sangkaan mereka meleset. Bayangan wajah Mr Malek yang garang sudah menerjah minda mereka tetapi apabila pintu kelas dibuka, hanya wajah tampan seorang jejaka yang berbadan sasa yang menghiasi ruang mata.

Eldhia dan Nadhrah kaku sebentar Tiada sebarang reaksi. 

" Sorry sir. Eldhia bangun lewat pagi tadi " jelas Nadhrah sambil menunding jari ke arah Eldhia. Guru lelaki itu sekadar mengangguk dan menyuruh mereka duduk di tempat masing-masing. Kemudian kelas bahasa inggeris berjalan dengan lancar manakala minda Eldhia dan Nadhrah masih ada persoalan yang belum terjawab. ' Cikgu ganti kot ' fikir Dhia.

_________________________________________________________________________________

Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas apabila kelas tamat. Kini baru Dhia dan Nad tahu bahawa guru itu ialah guru ganti Mr Malek yang akan berpindah ke Terengganu tidak lama lagi. Masing-masing menghela nafas lega kerana mereka tidak perlu lagi berhadapan dengan 'singa' itu.

Menurut rakan kelas yang lain, nama guru baru itu ialah Mr Rayyan. Orangnya berkulit putih, tinggi lampai dan berbadan tegap.